Ahad – 01/07/18
( 1 – 13 )

1. Tahniah kepada Zahid Hamidi diatas kejayaan beliau mengalahkan Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO yang berlangsung kelmarin, Sabtu 30/06/18.

2. Malangnya tak sampai pun 24 jam bergembira dengan kemenangannya, Zahid Hamidi terpaksa hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat SPRM, esok Isnin 02/07/18.

3. Adalah difahamkan sebab beliau dipanggil ini ialah berhubung kes pecah amanah atau Criminal Breach of Trust ( CBT ) sebanyak RM800,000/- yang melibatkan sebuah yayasan di mana beliau adalah pengerusinya.

4. Difahamkan yayasan tersebut ialah Yayasan Akal Budi.

5. Begitu juga kes berhubung 1MDB di mana beliau mengaku telah berjumpa 2 orang waris keluarga Diraja Arab yang kononnya telah menderma RM2.6 bilion kepada Najib Razak.

6. Ini belum lagi kes Kretam Holdings dan Tekala yang asalnya kepunyaan Yayasan Gerak Bakti milik Pemuda UMNO Malaysia, tapi kemudian menjadi miliknya.

7. Dalam tahun 1988, Zahid Hamidi mengaku mempunyai RM240 juta dan beliau seharusnya memaklumkan kepada umum bagaimana memperolehi kekayaan sebanyak itu ketika itu?

8. Berkemungkinan besar polis akan membuka semula kes jenayah yang melibatkan beliau, ahli keluarga dan ‘bodyguardnya’ yang memukul sehingga retak ‘skull’ Amar Bazli , bekas kekasih anak perempuan beliau di suatu ketika dahulu.

9. Timbalan Presiden UMNO yang baru dipilih pula, Mat Hassan turut berhadapan dengan kes ‘Anti Money Laundring Act’ atau AMLA.

10. Syarikat Pengurup Wang atau Money Changer yang menguruskan penghantaran RM10 juta ke London bagi pihak Mat Hsssan telah di ambil tindakan oleh Bank Negara Malaysia ( BNM) tetapi ketika itu tidak ada sebarang tindakan undang – undang pun dikenakan pada beliau.

11. Boleh dikatakan sebahagian besar mereka yang menang dalam pemilihan UMNO terutama di peringkat pusat masing – masing tak ubah seperti kerbau yang telah terpalit lumpur.

12. Apa pun yang akan berlaku terhadap setiap mereka, ia bukan ‘salah ibu menggandung’.

13. Nasihat saya eloklah sediakan payung sebelum hujang atau dalam msksud lain sediakanlah peguam sebeum anda diheret ke mahkamah.

Selamat Membaca

Terima Kasih.