JOM! RENUNG SEJENAK TULISAN INI…
Pada mulanya, FELDA ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri di zaman Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1959 sehingga 1970. Ini era permulaan tanah tanah di teroka untuk tanah tanah rancangan FELDA.

Kemudian ia berpindah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar seterusnya Kementerian Koperasi dan Usahawanan. Period in dari 1970 sehingga 2003 menyaksikan FELDA menjadi satu institusi yang gagah dengan aliran tunai yang kukuh serta assets berbillion.

Kita berbangga kerana FELDA gah di seluruh dunia ketika itu sebagai satu model utk menaikkan taraf ekonomi rakyat dan secara terus menjadi projek ladang terbesar di dunia.
Apabila Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003,
FELDA diletakkan kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri, Najib Razak bertanggungjawab terus apabila menjadi TPM dan seterusnya PM Malaysia.

Semenjak itu FELDA :

1. IPO FGV – gagal dgn harga pasaran merudum.
2. FGV – Rugi
3. FELDA bertambah hutang
4. FELDA susut aliran tunai
5. FELDA assets yg semakin kurang.
6. FELDA hilang tanah di tengah2 KL nilai 1 billion.

Sila tambah senarai di atas. Mungkin juga ada benarnya SPRM kata semuanya adalah kelemahan urus tadbir (?)…
Maka kita tuntut FELDA kembali ke zaman kegemilangannya ketika ia TIDAK diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana jelas banyak sekali kelemahan urus tadbir Felda setelah ianya ditadbir oleh JPM.
Or better still we change the government, they will never change anything themselves.
Buka lah mata kalian terutama orang orang felda. Jangan sampai suatu hari nanti tanah tuan-tuan di tanah2 rancangan FELDA pun hilang hakmiliknya tanpa anda sedar. Ketika itu kelak sudah terlambat.
#Penulis: Yaakob Osman